Siapa sangka hasil penyelidikan menggunakan bahan mudah dan murah membawa tuah kepada sekumpulan siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM). Enam orang siswazah sarjana Sains dan Doktor Falsafah Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, telah berjaya merangkul anugerah emas di dalam pertandingan Developing Solutions for Developing Countries anjuran Persatuan Pelajar Institut Teknologi Makanan (IFTSA) di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada 28 Jun lalu melalui produk Vit-A-Go.
Para pelajar tersebut terdiri daripada Mohd. Asraf, Laseken, Chee Hao, Najla Gooda, Tai Boon dan Sew Chang Chew. Mereka berjaya mengalahkan 29 lagi pasukan dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan tersebut.
Ketua kumpulannya, Sew Chang Chew, 25, memaklumkan bahawa projek penyelidikan Vit-A-Go yang dihasilkan daripada produk isi mangga kering itu bertujuan membantu kanak-kanak di Kenya yang berhadapan dengan krisis kekurangan vitamin A.
Mereka memulakan penyelidikan produk ini selama enam bulan bermula November 2011 hingga Jun 2012. Vit-A-Go dibangunkan dengan kos pengeluaran yang lebih murah, cepat dan menggunakan teknologi terkini.
©Eriyza : Nampaknya ramai anak muda Malaysia yang berbakat di dalam bidang penghasilan produk.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.