Norlyn Ajimula, 28, tidak menyangka bas ekspres yang dinaikinya akan diabadikan sebagai nama anak perempuannya ekoran menjadikan bas tersebut sebagai bilik bersalin pada hari Rabu (1 Ogos 2012) lalu. Ibu muda tersebut yang sedang sarat mengandung menaiki bas dari Lahad Datu pada jam 9 pagi ke Kota Kinabalu untuk berbuka puasa bersama suaminya, Adi Mahari, 40.
Ketika tiba di Ranau, dia sudah mula berasa sakit perut tetapi sakit itu hilang tidak lama kemudian. Namun, rasa sakit itu kembali apabila dia tiba di Terminal Bas Inanam setelah dia menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer.
Memandangkan masa untuk bersalin sudah tiba, pihak yang membantunya memutuskan untuk membiarkan wanita itu bersalin di dalam bas. Norlyn selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram, kira-kira jam 5.30 petang. Bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.
©Eriyza : Semoga Dyana Adi dan Dyana Ekspress terus maju jaya di masa hadapan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.