Syed Hafiz Al Raimi Syed Mohamad Amin, 15, nyaris pekak apabila ditampar oleh guru disiplin sekolahnya ekoran memotong rambut mengikut 'trend' terkini. Ibu mangsa, Norhayati Mansor, 40, mendakwa anaknya ditampar dengan kuat di bahagian telinga kiri oleh guru disiplinnya pada 25 Mei lalu sehingga pendengarannya terjejas.
Kekesalan turut diluahkan oleh ibu mangsa apabila guru berkenaan tidak memohon maaf malah turut melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
“Sikap guru yang tidak mahu bertanggungjawab di atas perkara yang dilakukannya itu menyebabkan saya sangat kecewa.
“Sudahlah permohonan maaf tidak diberikan setelah memperlakukan anak saya sebegitu, dengan saya juga dia tidak mahu berjumpa,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi Norhayati, jika benar anaknya itu melakukan kesalahan tidak perlulah menghukumnya hingga cedera.
“Disebabkan kes itu saya meminta guru berkenaan memohon maaf atau membayar ganti rugi sebanyak RM6,000 sebagai memberi pengajaran kepadanya.
“Tetapi permintaan itu dibalas dengan kata-kata kesat oleh guru terbabit,” katanya. Mengikut cerita Syed Hafiz, pada hari kejadian sekitar jam 9.30 pagi dia berdiri berhampiran meja kantin sebelum ditampar secara tiba-tiba oleh guru disiplin dari arah belakang sehingga menyebabkan gegendang telinganya berdesing.
Laporan Perubatan dari Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Pembedahan Kepala dan Leher, KPJ Taiping Medical Center, Dr Lee Kean Teong mengesahkan menerima pesakit pada 16 Jun 2012 lalu.
Menurutnya, beliau telah memeriksa Syed Hafiz di Klinik Pesakit Luar Telinga Hidung dan Tekak pada 12 Jun lalu dan sekali lagi pada 15 Jun lalu di Taiping Medical Centre.
“Pesakit didapati ada masalah kurang dengar dan sakit di telinga kiri sejak 25 Mei lalu di mana pesakit mendakwa dia telah ditampar dengan kuat oleh seorang guru pada telinga kirinya serta mengemukakan satu laporan polis dari Balai Polis Changkat Jering.
“Pemeriksaan klinikal pada 12 Jun lalu mendapati masalah kulat (Otomycosis) pada telinga kiri pesakit,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Guru sepatutnya tidak memukul pelajar pada anggota badan yang boleh mendatangkan kecederaan. Masih ada lagi hukuman lain yang boleh dikenakan ke atas mereka.
©Eriyza : Selalu terhibur dengan karenah pelajar.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.