Angkara dadah, dua orang pemuda yang asalnya anak orang kaya telah disisihkan oleh keluarga mereka. Dua beradik berkenaan hanya mahu dikenali sebagai Mat, 28, dan Azri, 25, kini hidup bergelandangan di ibu kota selepas ibu bapa mereka yang juga merupakan ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru tidak mahu mengakui mereka sebagai anak lagi.
Mat mendakwa pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor Bahru sebelum hidup persis pengemis sejak lima tahun lalu. Mereka pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana memalukan keluarga sebelum dihalau dari rumah.
Mereka bukan sahaja dipulaukan keluarga malah kedua-duanya menghidap AIDS dan perlu menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan bagi mengalas perut.
©Eriyza : Jauhi najis dadah, ia membuatkan hidup musnah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.