Aug 27, 2012

Penjaga Gol Diserang Penyakit Gatal


Jikalau sebelum ini, penulis asyik bercerita tentang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi, kali ini topiknya masih berkisar tentang pengawal gawang tetapi cuma orangnya saja berlainan iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramlie. Penjaga gol skuad bola sepak Terengganu itu mengalami situasi pelik apabila tiba=tiba gatal di seluruh badannya.


Insiden berkenaan berlaku tatkala Mohd Sharbinee dan rakan sepasukan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.


Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.

“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.

Petikan Harian Metro


Selepas 10 minit separuh masa kedua berlalu, Mohd Sharbinee, 25, pitam lalu rebah. Dia diusung keluar padang sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang. Tempatnya digantikan oleh penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

©Eriyza : Agaknya penjaga gol Terengganu alahan dengan makanan laut.

Via : Harian Metro


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.