Aug 3, 2012

Pengemis Bukan Islam Menyamar Muslim


Dua beradik pengemis warga emas berketurunan Cina yang cuba mengelabui mata masyarakat dengan berpakaian seperti wanita muslim akhirnya terperangkap apabila ditangkap oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Mereka ditangkap di Bazar Ramadan Seksyen 13 ketika sedang mengemis dengan memakai jubah dan bertudung labuh.

Tembelang mereka yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur pecah apabila warga emas berusia 65 dan 63 tahun itu gagal mengucap dua kalimah syahadah apabila disuruh oleh pegawai berkenaan. Difahamkan mereka mengaut untung bersih sebanyak RM300 sehari sejak mengemis pada awal Ramadhan lalu.


Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan.

Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.

“Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.

“Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.

“Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu,” katanya.

Petikan Kosmo!


Semoga pihak berkuasa mempergiatkan lagi usaha untuk membanteras pengemis yang menyamar sebagai orang Islam. Mereka sepatutnya diberi hukuman jika terbukti bersalah.

©Eriyza : Jarang 'sedekah' kepada 'pengemis' jalanan kerana bimbang mereka didalangi oleh sindiket tertentu.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.