Aug 3, 2012

Rumah Aznil Nawawi Dikopak Pencuri


Mutakhir ini rumah selebriti menjadi sasaran sang perompak. Terbaru, rumah personaliti tv, penyampai radio, pengacara, pelakon dan penyanyi Haji Aznil Haji Nawawi pula menjadi sasaran. Kediaman Aznil di Taman Yarl telah dipecah masuk penjenayah pada pukul 10 malam kelmarin. Ketika kejadian, hanya ibunya dan dua orang amah berada di rumah manakala Aznil tiada di situ. Kerugian dianggarkan berjumlah RM40,000.

Antara harta benda yang berjaya dirompak ialah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut dilarikan komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Mujurlah tiada sesiapa yang dicederakan kerana penghuni rumah tersebut tidak menyedari kejadian itu berlaku. Penjenayah disyaki memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Difahamkan, kediaman tersebut turut dihuni oleh ibu dan adik Aznil selain selebriti itu sendiri.

©Eriyza : Berharap perompak tersebut dapat diberkas dengan kadar segera.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.