Aug 28, 2012

Tiket Bas Mahal Daripada Harga Asal


Menahan jerat di tempat genting. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan sikap segelintir pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru yang menjual tiket pada harga lebih mahal.

Kadar tiket yang dikenakan adalah lebih mahal dalam lingkungan RM35 sehingga RM55 sedangkan harga asal tiket ke Kuala Lumpur ialah RM31.20.


"Harga yang saya bagi merupakan harga standard pada musim perayaan, lagi pun hari ini (semalam) adalah hari terakhir orang ramai pulang ke kampung," kata seorang penjual tiket yang memberi alasan punca harga tiket dinaikkan.

Buktinya, wartawan Kosmo! yang cuba membeli tiket semalam terpaksa membayar tiket pada harga RM40 yang asalnya ditawarkan pada harga RM55.

Petikan Kosmo!


Pengusaha bas ekspres sepatutnya bertimbangrasa, bukannya sengaja mencari keuntungan berlipat kali ganda di musim perayaan.

©Eriyza : Tidak pernah naik bas ekspres ke Johor Bahru.

Via : Kosmo!


2 Comment

Ikmal Tue Aug 28, 02:54:00 PM

Mereka nie senang2 jer nak naikkan harga... tak tahukah org bukannya senang nak cari duit ...

Eriyza Tue Aug 28, 07:48:00 PM

@Ikmal:
Aha, mereka tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas orang yang memerlukan perkhidmatan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.