Sep 18, 2012

Atap Zink Diterbangkan Angin


Atap zink di 5 buah rumah kediaman di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu diterbangkan kepala angin dalam kejadian pada pukul 4 petang, 17 September 2012. Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut ialah ibu tunggal enam anak, Robiah Mohamad.

Turut sama berada di rumah ketika musibah itu berlaku ialah dua orang anak perempuannya, Nor Hasiati, 25, dan Nor Hamizah Husin, 21. Mereka memberitahu sebahagian besar atap dan struktur kayu bumbung rumah musnah hingga menyebabkan ruang dalam rumah dibanjiri air hujan ekoran hujan lebat ketika tragedi itu berlaku.


“Bukan sahaja zink, malah kayu bumbung rumah juga terangkat. Terkejut dengan kejadian tanpa disangka itu saya dan kakak, Nor Hasiati, 25, bingkas bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur.

"Waktu keluar kami sekali lagi terkejut kerana lihat keseluruhan atap di ruang tamu juga sudah tiada,” katanya sambil mengakui dia tidak keluar kelmarin sebaliknya rehat sahaja di rumah sempena cuti Hari Malaysia.

“Semasa saya sedang makan nasi, secara tiba-tiba saya dengar bunyi angin kuat disertakan dengan hujan lebat. Saya cepat-cepat menjengah ruang tamu dan lihat atap zink melayang diterbangkan angin.

“Ada atap yang jatuh di belakang rumah dan ada yang diterbangkan lebih jauh sehingga ke kaki bukit kira-kira 10 meter di belakang rumah kami. Kemudian saya pergi bahagian depan rumah diikuti dua anak saya yang bergegas keluar dari bilik tidur apabila mereka sedar kejadian cemas itu,” katanya.

Panik dengan kejadian itu, mereka sekeluarga tidak sempat mengalihkan barang elektrik yang berada di ruang tamu dan ia dibasahi hujan sebelum jiran tetangga serta saudara mara datang membantu mengalihkan barangan berharga.

Pun begitu, Robiah yang tidak pernah berhadapan dengan situasi itu seumur hidupnya bersyukur kerana dia dan dua anaknya terselamat serta tidak mengalami apa-apa kecederaan selain cepat mendapat bantuan.

Petikan Sinar Harian

Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Mentok, Che Wan Daud Che Wan Sulaiman turut melawat keluarga ini untuk meninjau kerugian yang dialami.

Bumbung rumah mangsa yang rosak teruk telah pun dibaiki dengan kadar segera agar tidak menyulitkan urusan harian mereka sekeluarga.

©Eriyza :

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.