Sep 18, 2012

Disambar Petir Ketika Caj Telefon Bimbit


Aniq Syazwan Bin Abu Bakar, remaja lelaki yang berusia 16 tahun nyaris maut apabila dipanah petir ketika sedang mengecaj telefon bimbitnya. Mangsa yang tinggal di Taman Mawar 2, Jalan Tempurung, Kemaman, Terengganu meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj di atas paha. Tangannya pula berada di atas telefon bimbit berkenaan sebelum petir menyambar wayar eletrik sehingga menyebabkannya terkena renjatan.


Ekoran kejadian pada pukul 8.12 malam tersebut, Aniq masih sempat melihat tangannya menjadi biru kehitaman sebelum tidak sedarkan diri ketika kedua ibu bapanya memasuki bilik tidurnya.


“Semasa terkena renjatan itu saya lihat cahaya menyambar tangan lantas saya tercampak ke tepi dinding. Kejadian ini buatkan saya trauma dan serik untuk memegang telefon bimbit lagi semasa petir atau kilat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, bapa Aniq Syazwan yang juga kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Abu Bakar Abdullah, 55, berkata, semasa kejadian dia sedang berwirid di ruang solat di rumahnya sebelum terdengar bunyi ‘prakkk’ lalu bekalan elektrik terpadam sebelum terdengar sayup-sayup anak bongsunya daripada lima beradik itu meraung kesakitan.

“Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan menuju ke bilik adik (nama panggilan untuk Aniq).

“Bila masuk ke biliknya, saya suruhnya mengucap kerana sangkakan keadaannya sudah tenat tapi Alhamdulillah waktu saya masuk ke dalam biliknya bersama isteri, Pasiah Hamzah, 51, dia masih sedarkan diri tetapi badannya kejang seperti robot sebelum kami menghantarnya ke Hospital Kemaman,” katanya sambil menganggap kejadian berkenaan satu keajaiban dan kebesaran Allah SWT kerana anaknya masih selamat.

Petikan Sinar Harian


Pelajar Tingkatan 4 ini dirawat selama dua hari di wad bagi memastikan kesan arus elektrik tidak membahayakan otak dan jantungnya sebelum dibenarkan pulang pada Jumaat, 14 September 2012.

©Eriyza : Semoga Aniq Syazwan cepat sembuh.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.