Sep 5, 2012

Atlit Iran Enggan Jabat Tangan Kate Middleton


Ahad lalu, media masa antarabangsa mensensasikan berita tentang keengganan seorang atlit Iran bersalaman dengan Duchess of Cambridge's, Kate Middleton. Isteri kepada Putera William berkenan menyampaikan pingat kepada para pemenang lempar cakera.


Atlit lempar cakera Britain, Aled Davies, merangkul pingat emas manakala Lezheng Wang dari China mendapat pingat gangsa. Kisahnya, atlit Iran, Mehrdad Karam Zadeh yang memenangi pingat perak tidak menyalami tangan Kate seperti yang dilakukan oleh penerima pingat emas dan gangsa. Sebaliknya, dia hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.


Atlit berusia 40 tahun itu berpegang teguh kepada ajaran Islam yang melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersentuhan. Kate juga tidak menghulurkan tangannya kepada Mehrdad. Jurucakap Istana St James turut menegaskan bahawa Duchess of Cambridge's telah diberi taklimat agar tidak bersalaman dengan atlit muslim.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mehrdad Karam Zadeh kerana mengutamakan hukum Tuhan walaupun dirinya dikecam hebat. Atlit-atlit muslim Malaysia wajar mencontohi prinsip yang ditunjukkan oleh penyumbang pingat perak untuk Iran itu.

©Eriyza : Cuba mengelak bersalaman dengan kaum kerabat yang bukan mahram kerana mereka kadangkala tidak mengambil cakna.

Via : Daily Mail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.