Sep 6, 2012

Mati Dirempuh Dalam Rumah


Kalau sudah takdir, tinggal dalam rumah pun boleh terlibat dengan nahas melibatkan kenderaan. Seorang kanak-kanak lelaki, Adam Firdaus Mohd Shukri, 2, meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kereta yang terbabas lalu merempuh rumah kedai milik datuknya semalam. Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang di Kampung Dalam Rhu, Kelantan, sebuah Mercedes Benz 190E dipandu seorang lelaki berusia 60-an telah merempuh rumah kedai tersebut menyebabkan mangsa terseret bersama runtuhan konkrit dinding sebelum terbaring berlumuran darah di satu sudut ruang tamu.


Adam Firdaus disahkan mati dalam perjalanan ke Hospital Tumpat akibat parah di kepala, badan serta patah tulang rusuk. Ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.

©Eriyza : Takziah kepada keluarga mangsa.

Via : Harian Metro


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.