Sep 19, 2012

Banduan Lolos Dari Polis


Seorang banduan yang dikenakan hukuman penjara 8 tahun dengan 10 sebatan berjaya lolos ketika pihak polis menghantarnya ke Penjara Penor untuk menjalani hukuman. Banduan berkenaan, Roslan Ismail, 32, bertindak agresif dengan menyerang anggota polis yang mengiringinya sehingga kereta Waja yang mereka naiki terbabas lalu merempuh belakang sebuah kori yang rosak.

Nahas pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid itu menyebabkan 3 anggota polis iaitu pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51, cedera parah manakala banduan itu melarikan diri dengan tangan masih bergari. Semua anggota polis terbabit menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Petikan Kosmo!


Syabas kepada penduduk sekitar yang memberi maklumat kepada polis sehingga tertangkapnya semula banduan terbabit.

©Eriyza : Polis perlu berwaspada dengan penjenayah yang bakal dihantar ke penjara.

Via : Kosmo!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.