Sep 20, 2012

Nicol Ann David Bergelar Mejar Kehormat


Ratu skuasy Malaysia yang juga merangkap pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David telah ditauliahkan anugerah pangkat mejar kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari ini.


Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud telah menyempurnakan penganugerahan pangkat itu kepada Nicol di dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Pertahanan, di Jalan Semarak.


"Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Rodzali dan TUDM, kerana diberi penghormatan mendapat anugerah ini dan berharap ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk meraih lebih banyak gelaran tahun ini," kata Nicol kepada pemberita selepas majlis itu.

Nicol berkata beliau akan meneruskan latihan di Amsterdam, Belanda di bawah bimbingan jurulatih dari Australia, Liz Irving.

"Musim kedua kejohanan skuasy baru saja bermula dan saya akan bertanding dalam beberapa kejohanan seperti Terbuka Carol Weymuller di New York, Terbuka China, Kejohanan Berpasukan Dunia di Perancis dan Terbuka Dunia di Cayman Island," katanya.

Sementara itu, Rodzali berkata Nicol menjadi atlet pertama yang dianugerahi pangkat itu, dan beliau sememangnya layak menerimanya memandangkan beliau melakar banyak kejayaan dalam kejohanan skuasy antarabangsa.

"Beliau (Nicol) mewakili kalangan remaja negara ini pada hari ini dan beliaumemberi inspirasi kepada remaja dan tenaga kerja kami (TUDM) supaya meneladani beliau, yang menunjukkan dedikasi dan kerja keras yang sangat tinggi, selainmempunyai sikap tidak menyerah kalah demi menggenggam gelaran juara dunia dalamacara skuasy," katanya.

Petikan mStar


Tahniah diucapkan kepada Datuk Nicol Ann David kerana menjadi atlit kedua yang dikurniakan pangkat oleh pihak tentera selepas Datuk Lee Chong Wei menyandang gelaran Leftenan Komander Kehormat oleh Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada Julai 2012.

©Eriyza : Suka tengok cerita bercorak ketenteraan.

Via : mStar


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.