Sep 29, 2012

Barang Kemas Emak Dikebas Anak


Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Siti Saharah Abd Hamid menghilangkan diri sejak 4 September lalu dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang bersama barang kemas milik ibunya bernilai RM30,000. Difahamkan, gadis berkenaan mengikut teman lelakinya yang baru dikenali berasal dari Kelantan.

Bapanya, Abdul Hamid Mahmood, 63, mengatakan bahawa anaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan juga tidak memberitahu keluarga ketika keluar dari rumah.


“Kami tidak pernah berselisih pendapat, malah dia (Siti Saharah) merupakan anak yang rapat dengan keluarga.

“Dia juga tidak pernah mempunyai teman lelaki namun selepas mengenali lelaki itu, dia mulai berubah, “katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Hamid berkata, buntu dengan perkara itu, dia cuba berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan anaknya itu.

“Dari maklumat yang diperolehi, dipercayai anak saya berada di Kelantan dan mengikut lelaki yang baru dikenalinya itu yang berhajat melangsungkan perkahwinan dengan anak saya di Thailand.

“Saya risau dengan keadaan ini, kerana dia masih bersekolah dan kehilangannya, menjadi tanda tanya kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya lagi, isterinya, Jambi Hassan, 58, juga sudah kering air mata, mengenangkan nasib anaknya itu.

“Saya syak mungkin dia dipukau kerana anak saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini.

“Pernah saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun taliannya dimatikan dan gagal dihubungi sehingga kini,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Kepada sesiapa yang menemui Siti Saharah, sila hubungi talian berikut :-

Abdul Hamid - 017-9875300 atau Eqram - 017-9405369

©Eriyza : Wahai Siti Saharah, pulanglah ke pangkuan ahli keluargamu.

Via : Sinar Harian


2 Comment

Cik Itah Sun Sep 30, 01:56:00 PM

ada-ada saja remaja sekarang ..asyik nak buat hal, asyik nak menyusahkan keluarga , kesian mak ayah dorang ..

Eriyza Mon Oct 01, 10:49:00 PM

@Suara Hati:
Kita doakan depa insaf dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.