Sep 17, 2012

Blackberry Murah Jadi Hadiah Cabutan Bertuah


Seorang kerani, Mohd Zulkifli Draman, 25, kecewa apabila mendapati sebuah telefon bimbit Blackberry yang dimenanginya dalam cabutan bertuah adalah buatan China dan bukan asli. Mangsa menyertai program berkenaan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu.

Walaupun Zulkifli memperolehi telefon bimbit itu tanpa sebarang modal tetapi dia tetap membuat laporan di Balai Polis Chukai pada pukul 7.21 malam agar pengelola program tersebut tidak lagi memberikan hadiah cabutan bertuah berlainan seperti yang diuar-uarkan pada orang ramai.


Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.

“Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.

"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.

Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.

Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.

“Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.

“Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu,” katanya.

Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.

“Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai,” katanya lagi.

Petikan Sinar Harian


Pihak penganjur sewajarnya lebih peka dengan hadiah yang bakal ditawarkan. Jika tidak mampu menyediakan barangan berjumlah ribuan ringgit, memadailah dengan produk yang cuma berharga ratusan ringgit.

©Eriyza : Tidak pernah memiliki telefon bimbit berjenama Blackberry.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.