Sep 4, 2012

Hadiah Indah Buat Mo Farah


Atlit kebanggaan Britain, Mo Farah, 29, bukan sahaja menggondol dua pingat emas dalam acara trek 10,000m and 5,000m di Sukan Olimpik London 2012, malah menerima kegembiraan berganda apabila dikurniakan sepasang anak kembar. Isterinya, Tania, 26, melahirkan kembar perempuan pada 25 Ogos 2012 yang diberi nama Aisha dan Amani.


Ketika diwawancara oleh majalah Hello!, pelumba lari kelahiran Somalia itu sangat teruja dengan kelahiran kembarnya telah memotong sendiri tali pusat mereka. Dia juga berikrar mahu melakarkan nama anak-anaknya pada setiap satu pingat emas yang dimenanginya.

Mo Farah turut mempunyai seorang anak tiri, Rihanna yang sudah berusia 7 tahun. Tania yang sedang sarat mengandung ketika Mo Farah bertanding, tidak pernah jemu hadir bersama Rihanna untuk memberikan sokongan buat suaminya. Mo Farah turut mempunyai saudara kembar bernama Hassan yang masih lagi menetap di Somalia.

©Eriyza : Ada kawan sekolah bernama Farah.

Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.