Sep 3, 2012

Kembar Istimewa Berlainan Warna


Pasangan Oswald Frazer, 37, dan Pamela Frazer, 30, dikurniakan sepasang anak kembar perempuan yang unik apabila bayi-bayi itu mempunyai perbezaan warna kulit yang ketara. Candice Anne mempunyai lebih banyak ciri-ciri orang berkulit hitam sedangkan kembarnya Aleisha Lily pula cenderung berkulit putih.


Oswald dan Pamela berkulit hitam tetapi keluarga mereka mempunyai sejarah perkahwinan campur. Justeru, Pamela berbangga dengan keadaan anak kembarnya yang disifatkan istimewa kerana kelahiran sedemikian hanya berlaku satu dalam sejuta.


Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik.

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya.

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya.

Petikan Harian Metro


Ibu muda ini juga memiliki saudara kembar yang diberi nama Jemma. Candice dan Aleisha bukan anak sulung pasangan ini kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, Brandon.

©Eriyza : Mahu anak kembar juga.


Via : Harian Metro | The Sun


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.