Sep 30, 2012

Majlis Pra Perkahwinan Lin Dan ♥ Xie Xingfang


Pemain no 1 badminton dunia buat masa ini, Lin Dan telah pun melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Xie Xingfang pada 23 September 2012. Sebenarnya pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada 13 Disember 2010 di Guangzhou, China selepas bercinta selama 7 tahun.

Sebelum majlis resepsi bermula, mereka telah mengambil gambar pra perkahwinan. Pasangan Lin Dan ♥ Xie Xingfang pernah menafikan hubungan cinta mereka tetapi wartawan tetap dapat menghidu kemesraan yang terjalin antara kedua-duanya.


Sebagai tanda cintanya pada Xie Xingfang, Lin Dan mencacah tulisan FF pada lengan kanannya yang membawa maksud 'Fang Fang' iaitu nama samaran isteri kesayangannya.

©Eriyza : Suka tengok Lin Dan tabik lepas menang sesuatu kejuaraan.

Via : CFensi


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.