Sep 30, 2012

Majlis Perkahwinan Lin Dan ♥ Xie Xingfang


Pemilik pingat emas Sukan Olimpik London 2012, Lin Dan akhirnya mengahwini kekasih hatinya, Xie Xingfang dalam satu upacara perkahwinan gilang gemilang pada hari Ahad, 23 September 2012. Pasangan pemain badminton ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada tahun 2010 tetapi tiada kesempatan mengadakan majlis resepsi berikutan kepadatan jadual Lin Dan.

Majlis resepsi Lin Dan ♥ Xie Xingfang diadakan di Beijing University of Technology Gymnasium, tempat yang sama Lin Dan menjuarai pingat emas dan Xie Xingfang pingat perak dalam acara badminton di Sukan Olimpik Beijing 2008.


Mendapat gelaran Super Dan daripada para peminatnya, Lin Dan yang gemar bergurau sempat melakukan tekan tubi bersama rakan-rakannya sebelum majlis bermula. Dia turut menjemput seteru utamanya, Datuk Lee Chong dan Taufik Hidayat tetapi kedua-duanya gagal hadir ekoran terpaksa memberi tumpuan kepada Terbuka Jepun. Lin Dan diapit pemain badminton seperti Bao Chunlai, Chen Jin dan juga selebriti Ren Quan. Pengapit Xie Xingfang pula terdiri daripada rakan sepasukan, Wang Yihan, Li Xuerui dan rakan yang lain.


Semasa ikrar perkahwinan berlangsung, Lin Dan menyedut nafas dalam-dalam sambil memegang tangan isterinya sebelum menjerit 'I do' di hadapan para tetamu yang hadir. Xie Xingfang, 31, bukan sahaja lebih tua 2 tahun dari Lin Dan malah lebih tinggi dari suaminya.

Selamat Pengantin Baru buat Lin Dan ♥ Xie Xingfang. Semoga dapat melahirkan seorang pelapis badminton untuk China.

©Eriyza : Menunggu majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei.


Via : China Daily


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.