Sep 10, 2012

Rambut Bernombor Menjadi Identiti Empat Kembar


Kembar seiras sering menimbulkan masalah kepada para guru untuk mengenali pelajar-pelajarnya. Apatah lagi kalau kembar seiras itu 4 orang semuanya. Tentu pening cikgu dibuatnya. Tan Chaoyuan, ibu kepada kembar 4 mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan guru-guru anak-anaknya keliru. Dia mencukur rambut 4 anak kembarnya membentuk nombor mengikut turutan daripada yang pertama sehingga yang keempat.


Pada tahun ini, Jiang Yunlong [1], Jiang Yunxiao [2], Jiang Yunhan [3] and Jiang Yunlin [4] yang berusia 6 tahun memulakan persekolahan di bandar Shenzhen wilayah Selatan, Guandong, China.


Solusi yang diambil ibu mereka bukan sahaja memudahkan para guru malah bapanya juga yang sukar membezakan anak-anaknya. Namun begitu, si kembar 4 tersebut nampaknya kurang suka dengan fesyen rambut mereka kerana kelihatan hodoh.


Pada pandangan sesetengah individu, mungkin cara ini kurang sesuai kerana rambut berbentuk nombor akan menyebabkan kanak-kanak ini menjadi bahan ejekan tetapi sekurang-kurangnya ia telah membantu orang lain pula untuk membezakan si kembar yang comel ini.

©Eriyza : Mengenali kembar 2 seiras yang juga pemain bola sepak Aidil Zafuan dan Zakuan Adha melalui tahi lalat di pipi.


Via : Daily Mail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.