Sep 9, 2012

Pisau Lipat Dalam Sambal Tumis


Mohd Ridzuan Abdul Manaf, 31, yang merupakan seorang pekerja industri di Kulim, Kedah terkujat apabila mendapati ada pisau lipat dalam hidangan sambal tumis ikan bilis yang sedang dinikmatinya. Dia segera memaklumkan hal berkenaan kepada pengusaha kantin tetapi tiada respon diterima. Sebaliknya, pekerja kantin membuang pisau lipat tersebut sebelum meneruskan jualan sambal ikan bilis seperti tiada apa berlaku.

Kecewa dengan sikap pengusaha kantin di kilangnya itu, dia membuat aduan kepada Persatuan Pengguna setelah pihak Sumber Manusia kilang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun telah dibuat laporan.


“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat rendah.

"Saya bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Kami kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Apa perlunya kewujudan pihak Sumber Manusia di kilang jika laporan yang dibuat oleh pekerja mereka tidak diambil cakna??

©Eriyza : Hanya mempunyai pisau lipat di zaman persekolahan untuk mengasah pensel 2B supaya tajam.

Via : Sinar Harian


1 Comment

m.rashdan Mon Feb 25, 12:15:00 PM

Akan tetapi pekerja tu x sewenang-wenangnya terima padah terus dibuang kerja...kerana pendedahan masalah tersebut ke pejabat pengguna.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.