Sep 1, 2012

Syiling Bertaburan Atas Jalan


Sekurang-kurangnya RM36,800 wang syiling bertaburan i atas jalan apabila sebuah van keselamatan terbabas lalu terbalik di Kilometer 426.7 Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung. Tiga orang pekerjanya mengalami kecederaan ringan di dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah malam.

Difahamkan wang yang mahu dihantar ke Ipoh, Perak dari Petaling Jaya, Selangor itu milik sebuah pasar raya dan sebuah syarikat konsesi lebuh raya PLUS.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, tayar belakang sebelah kiri van itu dikatakan pecah menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya.

"Ekoran rempuhan itu, van tersebut terbalik di atas lebuh raya dan rosak teruk.

"Pemandu van dan dua rakannya yang cedera itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Petikan Kosmo!


Sebahagian besar syiling terbabit dikutip semula oleh kakitangan syarikat keselamatan dan pekerja lebuh raya. Namun, ada juga orang awam yang tidak jujur turut mengambilnya walaupun wang itu bukan milik mereka.

©Eriyza : Wang sejumlah RM36,800 boleh digunakan untuk membeli sebuah Perodua Viva 850CC secara tunai.

Via : Kosmo!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.