Sep 2, 2012

Ditetak Pedang Samurai Kerana Kad Tambah Nilai


Gara-gara terlambat 2 minit membeli kad tambah nilai telefon bimbit berharga RM10, seorang lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Phang ditetak di lengan kiri oleh rakan baiknya sendiri menggunakan pedang samurai. Tragedi pada pukul 7 malam itu berlaku di Batu 22, Jalan Kuching-Serian.

Suspek yang bernama Adi, 25, menyerang mangsa berhampiran kedai runcit sehingga menyebabkannya terpaksa menerima lapan jahitan di lengan kiri.


Menurut mangsa, Abi yang bekerja di Sibu sedang bercuti dan datang ke rumahnya kerana ingin meminjam telefon bimbit untuk menghubungi rakannya di Sibu.

Katanya, dia memaklumkan kepada Abi kredit telefon bimbitnya tinggal sedikit, tetapi Abi tetap mahu meminjam telefon dan berjanji meminta rakan yang dihubungi menambah nilai kredit telefonnya.

Petikan Harian Metro


Siapakah yang ingin dihubungi oleh suspek sehingga kurang sabar walaupun mangsa cuma terlewat 2 minit dari tempoh masa yang diberi.

©Eriyza : Jenayah yang berlaku di sana sini semakin membimbangkan.

Via : Harian Metro


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.