Setiap pasangan yang bercinta mahu mengabadikan momen lamaran yang istimewa agar boleh dikenang sepanjang zaman. Justeru, seorang lelaki dari Omsk, Russia, Alexey Bykov memilih untuk berpura-pura mati dalam satu nahas ngeri untuk melihat sejauh mana kekasihnya, Irena Kolokov mencintainya.
Alexey merancang 'kematiannya' dengan teliti sehingga sanggup mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.
Lelaki berusia 30 tahun itu kemudiannya mengatur temu janji dengan buah hatinya di lokasi nahas. Sejurus Irena tiba, dia mendapati beberapa buah kereta terlibat dalam kemalangan, ambulans, asap dan kebakaran.
Lebih menakutkan Irena apabila teman lelakinya disahkan mati oleh paramedik. Lalu, Irena terus menangisi pemergian Alexey. Tiba-tiba, 'mayat' Alexey bangun melutut lalu melamarnya. Walaupun marah dengan perbuatan tersebut, lamaran itu tetap diterimanya. Pasangan ini telah berkahwin minggu lalu.
©Eriyza : Tidak suka dengan gurauan yang tidak masuk akal.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.