Sep 8, 2012

Wanita Penggal Kepala Perogol


Seorang wanita Turki bertindak memenggal kepala seorang lelaki yang menjadikannya hamba seks sejak lapan bulan lalu. Nevin Yildirim, 26, memenggal kepala dan menembak alat sulit Nurettin Gider, 35, selepas lelaki itu berulangkali memperkosanya sejak suaminya meninggalkan rumah untuk bekerja di bandar lain pada Januari 2012.


Nurettin mengugut dengan pistol akan membunuh dua orang anak Nevin yang berusia 6 dan 2 tahun jika dia tidak mahu menurut kehendaknya. Untuk memaksa Nevin terus taat kepadanya, Nurettin mengambil gambarnya ketika dia sedang tidur serta mengancam akan menyebarkan gambar tersebut. Wanita yang tinggal di kampung kecil di barat daya Turki itu berterusan dijadikan pemuas nafsu lelaki durjana itu selama 8 bulan sehingga dia hamil.


Ketika kandungannya berusia 5 bulan, Nevin nekad untuk membela maruahnya dari terus bergelumang dosa. Pada 28 Ogos 2012 ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, Nevin mengambil senapang milik bapa mentuanya yang tergantung di dinding lalu menembaknya. Nurettin cuba merampas senapangnya tetapi gagal lalu sedas lagi tembakan dilepaskan Nevin.

Nurettin yang melarikan diri tersungkur ke tanah sambil mengerang kesakitan. Nevin menembak pula alat sulit lelaki itu dan dia akhirnya mati. Masih tidak berpuas hati, Nevin memenggal pula kepala Nurettin. Wanita berani itu kemudiannya membawa kepala perogolnya yang berlumuan darah ke sekeliling kampungnya di Yalvac sambil memberitahu semua orang bahawa dia membawa kepala lelaki yang bermain dengan maruah dirinya.

Nevin turut mengemukan permohonan agar pihak berkuasa membenarkan dia menggugurkan anak haram yang dikandungnya. Malah, dia sudah bersedia mati jika dibenarkan melakukan pengguguran tersebut. Dia menegaskan tidak mahu menjaga bayi tersebut.

Kini, Nevin ditempatkan di penjara tempatan sementara menunggu kesnya dibicarakan kelak. Lebih memalukan, perogol yang dibunuhnya adalah bapa kepada sepupunya yang berusia 9 dan 15 tahun. Nurettin sebenarnya berkahwin dengan ibu saudara kepada suami Nevin.

©Eriyza : Nevin Yildirim sememangnya berani. Keberanian itulah yang mendorongnya menebus kembali maruah diri yang dipermainkan lelaki.


Via : CNN | Daily Mail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.