Oct 24, 2012

Bas Terbalik Dalam Parit


Fatimah Mohamad, 24, melalui pengalaman yang sukar dilupakan seumur hidupnya apabila terpaksa merangkak keluar dari bas yang terbalik dalam parit berhampiran Kampung Gerong untuk menyelamatkan diri. Nahas itu berlaku pada pukul 4 petang ketika bas yang dipandu Surah Bilal, 28, hilang kawalan selepas mengelak sebuah kereta.

Selain Fatimah dan anaknya, Fathil Aqil Asraf Mohd Faiz, 3, ada 3 lagi pelancong asing menaiki bas henti-henti yang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Tumpat.


“Masa bas hilang kawalan dan mula membelok ke kanan dan terjunam ke dalam parit, saya hanya ingatkan keselamatan anak saya,” katanya yang tinggal di Bandar Tumpat.

Surah berkata, kejadian kemalangan itu begitu pantas, apabila dia cuba mengelak sebuah kereta dari arah Wakaf Bharu yang ingin memasuki simpang kanan di kampung tersebut.

“Jalan licin menyebabkan bas yang saya pandu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit sebelah kanan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Nisan Sunny terbabas masuk ke dalam parit sebelah kiri jalan.


Semua penumpang bas berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

©Eriyza : Pernah naik bas henti-henti bernama Sihat yang sudah buruk.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.