Oct 24, 2012

Pakej Umrah Murah Tipu Enam Surirumah


Seorang 'ustaz' tergamak menipu 6 orang surirumah yang ingin menunaikan umrah dengan menawarkan pakej yang murah tetapi mungkir janji. Setelah pelbagai alasan diberi, wang surirumah tersebut tidak dipulangkan semula.

Salah seorang mangsa iaitu Noriah Alias, 55, berkata, mereka mengenali 'ustaz' berkenaan pada bulan Mac lalu ketika menghadiri kelas agama.


“Dia kelihatan jujur dan menawarkan pakej umrah dengan harga RM3,540 seorang. Ketika itu kami teruja kerana harga ditawarkan lebih murah daripada pasaran.

“Atas dasar percaya, kami membayar RM1,100 bagi yuran keahlian dan RM400 bagi bayaran tambahan kerana membuat tempahan sempena cuti sekolah bulan Mei,” katanya sambil menjelaskan mereka masing-masing membayar sebanyak RM4,950 kepada 'ustaz' berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, sebulan sebelum tarikh berlepas, 'ustaz' terbabit memaklumkan bahawa perjalanan ke tanah suci itu ditunda dan kemudian ia dibatalkan kerana masalah visa.

“Agensi pelancongan yang diwakili 'ustaz' itu juga berjanji akan memulangkan semula duit kami, namun gagal,” katanya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, hari ini.

Menurut Noriah, pembatalan itu menyebabkan mereka berasa malu kerana masing-masing telah membuat kenduri untuk ke tanah suci.

“Bagaimanapun kami tetap meneruskan niat dan mendaftar dengan agensi pelancongan lain. Alhamdulillah kami berjaya menunaikan umrah Ramadan lalu dengan pakej berharga RM5,000,” katanya.

Sementara itu, Presiden TTPM, Badius Zaman Ahmad kemudiannya membenarkan empat daripada lima tuntutan yang dikemukakan mereka mendapat pulangan wang RM4,950 setiap seorang kerana satu dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

Noriah dan tiga lagi rakanya dibenarkan mendapat wang mereka semula dalam tempoh 14 hari.

Petikan Sinar Harian


Akhirnya keenam-enam surirumah ini berjaya menjejakkan kaki ke Mekah setelah mendaftar pakej umrah pada agensi yang sah. Benarlah doa orang yang teraniaya itu diamkbulkan Allah.

©Eriyza : Adakah 'ustaz' ini adalah orang yang sama dengan 'ustaz' yang kahwin sebelas??

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.