Seorang wanita terbaring lemah selepas dibelasah oleh bekas suaminya ekoran dia enggan menyerahkan wang yang diminta oleh lelaki tersebut. Kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 malam di sebuah pangsapuri kos rendah di Pusat Bandar Puchong apabila suspek yang berusia awal 40-an terus masuk ke rumah yang tidak berkunci untuk mencari mangsa.
Dek kerana berang dengan kedegilan mangsa yang tidak mahu memberikan wang, suspek bertindak menumbuk mangsa lebih 15 kali di muka, kepala dan belakang badan dan tumbukan turut terkena seorang anak perempuannya berusia 12 tahun. Malah, perut mangsa turut disepak berulangkali.
Menurut saksi, anak perempuan mangsa yang berusia 15 tahun cuba menolak bapanya yang ketika itu berada dalam bilik tidur untuk menghentikan pergaduhan kerana simpati melihat keadaan ibunya.
Katanya, apabila mangsa dapat melepaskan diri, dia terus ke dapur dan mengambil sebilah pisau untuk mempertahankan diri sebelum lelaki itu merampas kembali senjata itu dan terus membelasahnya sekali lagi.
“Lelaki itu seolah-olah gagal mengawal diri dan memukul mangsa tanpa belas kasihan. Kejadian disaksikan lima anak mangsa termasuk salah seorang yang berumur dua tahun setengah.
“Selepas puas membelasah bekas isterinya, lelaki itu dikatakan meminta maaf dan terus menghilangkan diri membiarkan wanita terbabit mengerang kesakitan,” katanya.
Sumber itu berkata, buntu melihat keadaan ibu yang sakit, anak mangsa kemudian berlari ke rumah jiran meminta pertolongan.
Petikan Sinar Harian
Berikutan tindakan tidak berhati perut suspek, mangsa telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Puteri.
©Eriyza : Jangan sakiti bekas pasangan anda walaupun sudah tiada ikatan rasmi kerana kalian masih ada hak bersama ke atas anak-anak.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.