Oct 29, 2012

Pakar Baiki Gambar


Baojun Yuan layak digelar pakar baiki gambar kerana sejak 10 tahun yang lalu dia telah membaikpulih lebih daripada 2000 keping gambar lama yang sudah rosak atau tidak jelas. Atuk yang sudah berusia 77 tahun ini merupakan ahli Persatuan Jurugambar Kanan China dan dia mempelajari ilmu Photoshop ketika berusia 60 tahun.


Oleh kerana dia telah mahir menggunakan Photoshop, dia membeli sebuah komputer dan pengimbas lalu memberikan khidmatnya secara percuma kepada penduduk setempat ekoran harga untuk membaiki gambar lama di kedai adalah mahal.


Kepakaran atuk Yuan terbukti apabila setiap gambar yang dihasilkannya semula memuaskan hati semua pelanggannya. Dia menegaskan gurunya mengajar dia untuk membaiki gambar tetapi dia mengajarnya untuk mengenakan bayaran pada kerja yang dilakukan.

©Eriyza : Malu pada atuk ini kerana diri sendiri masih tidak tahu menggunakan photoshop.

Via : The Design Inspiration



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.