Oct 1, 2012

Belasungkawa Muhammad Amirul Mazlan


Bulan Ramadhan 1433 lalu, stesen televisyen berbayar Astro ada menyiarkan drama kekeluargaan berjudul Masihkah Ada Ramadhan yang dibintangi oleh Muhammad Amirul Mazlan selaku Zali iaitu watak utamanya di samping aktres Leez. Dalam drama tersebut, watak Zali meninggal dunia akibat barah. Akhbar hari ini pula melaporkan bahawa pelakon muda berbakat ini telah benar-benar 'pergi' apabila terlibat dalam nahas jalan raya.

Motosikal Amirul yang berusia 19 tahun dipercayai hilang kawalan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Persekutuan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.

Amirul yang merupakan penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu telah maut di tempat kejadian.

Takziah buat keluarga allayarham Muhammad Amirul Mazlan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah!

©Eriyza : Menonton drama Masihkah Ada Ramadhan kerana ia menggunakan loghat Terengganu.


Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.