Oct 5, 2012

Bil Anggaran Membebankan Pelanggan


Zulhimi Abdul Latif, 41, meluahkan kekecewaan ekoran bil elektrik yang diterimanya pada bulan ini berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya. Dia mendakwa bil elektrik yang selalu dibayarnya hanya sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.

Hal ini berlaku apabila pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan bil anggaran dan bukannya bil normal kepadanya.

“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.

“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan",” katanya.

Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.

Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.

“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.

“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.

Petikan Sinar Harian


Mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan papan meter elektrik boleh dihitung??

©Eriyza : Sudah biasa bayar bil beratus sebulan.


Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.