Mahadi Othman 41, pesara tentera yang tinggal di perumahan Taman Damai, Jerantut memiliki sebuah al-Quran kecil yang didakwa sudah berusia 80 tahun. Al-Quran itu adalah milik turun-temurun keluarganya. Uniknya, ia hanya sebesar sekeping setem.
Mahadi memaklumkan bahwa al-quran itu baru sahaja disimpannya setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan lalu.
“Ketika usia saya 10 tahun, saya pernah lihat arwah ayah saya menunjukkan al-Quran ini kepada saya. Menurut arwah, al-Quran ini diambil dari arwah datuknya dahulu”, katanya.
“Semasa dalam simpanan ayah saya, al-Quran ini dijaga dengan rapi dan dibalut dengan kain supaya ia sentiasa kelihatan baik dan tidak hilang," katanya sambil memegang kitab suci itu.
Mahadi berkata, selepas pemergian ayahnya, yang ketika itu menetap di Kampung Sungai Asap Gua Musang Kelantan, dia telah mengambil Al-Quran itu untuk disimpan.
"Saya sedia dikunjungi oleh mana-mana pihak yang ingin mengesahkan status al-Quran ini adakah benar ia berusia hampir 80 tahun dan dari mana asal usulnya atau sebaliknya.
“Saya juga bersedia untuk menjualnya sekiranya ada individu yang berminat dengannya serta harga yang berpatutan," katanya.
Petikan Sinar Harian
Sepatutnya lelaki ini menyimpan al-Quran berkenaan dengan baik, tak perlu didagangkan untuk wang kerana nilainya tidak setanding isi kandungannya.
©Eriyza : Besar atau kecil, al-Quran perlu disimpan dengan baik.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.