Oct 13, 2012

Diberi Ganjaran Kerana Kejujuran


Seorang pemandu teksi menjadi contoh tauladan kerana kejujurannya memulangkan semula wang tunai berjumlah hampir suku juta yang ditinggalkan oleh penumpangnya. Adam Wondemarim, 42, dari Habsyah menemui wang tersebut di dalam sebuah beg komputer riba ketika membersihkan teksinya pada pukul 2 pagi, 2 September 2012.

Dia menghubungi rakannya yang juga dari Habsyah yang memandu teksi itu sebelumnya namun rakannya menafikan wang itu miliknya. Wondemarim membuat laporan di pejabat keselamatan. Syarikat itu pula mengadu kepada polis.

Sejam berlalu, Wondemarim dihubungi oleh seorang pengawal keselamatan supaya datang semula ke pejabat berkenaan. Di sana, dia menemui pemilik wang tersebut yang berusia 20an. Pemuda tersebut tertinggal wang berjumlah AS$221,510 sewaktu ke lapangan terbang.

Oleh kerana kejujuran Wondemarim yang tidak mengusik satu sen pun wang miliknya, pemuda tersebut memberikannya tip AS$2,000.

©Eriyza : Suka berkawan dengan orang jujur.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.