Seorang pencuri tidak menyangka sebuah telefon bimbit yang dicurinya untuk kali ke-26 telah membawa kepada penangkapannya. Pornthep Thassanawirun telah mencuri pelbagai jenis telefon bimbit dan komputer tablet sebanyak 25 kali tetapi pihak polis gagal mengesannya.
Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di rumahnya kelmarin di daerah Muang oleh Polis daerah Samut Prakan. Mereka turut merampas 15 telefon bimbit dan satu komputer tablet.
Tangkapan itu dibuat ekoran aduan polis yang dibuat seorang wanita, Siriporn Ouisrithanapirom, yang mendakwa seorang lelaki menunggang motosikal Suzuki yang berpura-pura bertanyakan tempat sebelum melarikan telefon Blackberry miliknya.
Polis menemui motosikal tersebut di rumah suspek. Pornthep mengaku bahawa dia telah mencuri 26 telefon dan tablet dalam masa satu bulan lebih. Kesemua barangan tersebut dijual untuk mendapatkan wang bagi membolehkannya bermain permainan di kedai-kedai permainan komputer. Polis akan mendakwa Pornthep dengan tuduhan mencuri.
©Eriyza : Akhirnya pencuri tumpas juga di tangan polis.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.