Pasukan Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan pasukan ATM 3 - 2. Kemenangan tipis itu berlaku pada masa tambahan ketika perlawanan akhir d berlangsung di Stadium Shah Alam, malam Sabtu, 20 Oktober 2012. Pencapaian cemerlang The Red Warriors musim ini melengkapkan kejuaraan trebel buat mereka selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super tahun ini. Kejayaan seumpama ini pernah dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.
Lebih manis lagi, ini kali kedua anak buah Bojan Hodak menakluk Piala Malaysia selepas memenanginya pada tahun 2010 selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penjaring Kelantan :
Norshahrul Idlan Talaha - minit ke-44, 50
Indra Putra Mahayuddin - minit ke-96
Penjaring ATM :
Rezal Zambery Yahya - minit ke-48
Marlon Alex James - minit ke-62
Barisan Pemain KELANTAN:
Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin(Mohamed Aslam Haja Najumudden), Nik Mohd Shahrul Azim, S. Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Muhammad Afiq Azmi (Mafry Balang), Norshahrul Idlan Talaha.
Barisan Pemain ATM:
Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Azmi Muslim (Mohd Fitri Omar), K. Reuben (A. Varanthan), D.Christie Jayaseelan (Venice Elphi Danny Kaya), Rezal Zambery Yahya, Hairuddin Omar (kapten), Bruno Sebastian Martelotto, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Marlon Alex James
Penulis ingin mengucapkan syabas kepada pasukan The Gladiators kerana bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi walaupun tewas.
©Eriyza : Mujur pergaduhan kecil yang berlaku ketika perlawanan berbaki 5 minit segera dileraikan oleh pengadil, Nafeez Abd. Wahab. Jika tidak, pasti terlakar sejarah berdarah dalam Piala Malaysia edisi 2012.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.