Seorang tukang kayu dari Portugal, Carlos Alberto telah mengambil masa selama 10 bulan untuk mencipta sebuah vespa kayu. Dia menggunakan 10 jenis kayu yang berlainan sambil mengekalkan enjin asal vespa tahun 1957.
Vespa kayu ini divarnis dengan bahan kalis api dan hanya menggunakan kayu terbaik dari Brazil dan Mozambique. Ia mampu mencapai kelajuan 46mph.
Idea mereka vespa kayu ini timbul pada tahun 2001 ketika Carlos berbaring di katil akibat selsema. Namun, dia memulakan pembuatan vespa pada Oktober 2007 dan siap sepenuhnya pada Julai 2008.
Vespa yang digelar Daniela sempena nama anak perempuannya seberat 107kg iaitu 20kg lebih berat daripada model vespa yang asal. Di sebalik kejayaannya, Carlos sedikit terkilan kerana vespa kayunya tidak dapat ditunggang di jalanraya kerana tidak mendapat pengesahan di sisi undang-undang.
Vespa kayu ini memang cantik. Penulis fikir tentu peminat fanatik vespa teruja untuk memilikinya jika ia dijual di pasaran Malaysia.
©Eriyza : Pernah cuba menunggang Vespa Pakcik Ah Lok tetapi gagal.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.