Colin Furze ialah seorang ayah yang sangat malas untuk menolak kereta sorong bayinya ketika bersiar-siar. Atas alasan itu, dia telah sebuah kereta sorong bermotor agar dia tidak perlu berjalan kaki apabila membawa anaknya, Jake mengambil angin petang. Bapa berusia 33 tahun itu telah menambah enjin pada kereta sorong yang diperbuat daripada logam perak. Kelajuannya mencecah 50mph (kilometer satu jamkah??).
Kereta sorong ini dibuat 3 roda agar ia lebih mudah dikendalikan. Malah ia juga menggunakan enjin motosikal berkuasa 125cc selain dilengkapi 4 gear agar mudah dikawal jika merentasi laluan berbukit. Pemegang minuman dan ruang untuk meletakkan barang turut disediakan sebagai aksesori tambahan.
Colin dari Stamford, Lincs, hanya perlu 'memandu' kereta sorong bermotor ini sejauh 30mph untuk direkodkan di Guiness Book of Record. Walaupun berbangga dengan hasil rekaannya tetapi tukang paip ini dilarang oleh isterinya, Charlotte, untuk membawa anak mereka di dalam kereta sorong tersebut.
©Eriyza : Suka kereta sorong bayi yang boleh digunakan hadapan dan belakang.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.