Oct 19, 2012

Dua Beradik Terjun Serentak


Seorang kakak layak digelar heroin apabila nekad terjun dari tingkat atas rumah sambil memeluk adiknya. Wirawati berkenaan, Noor Munirah Syazwani Zakir, 16, terjun bersama Yasin Amirul Aiman, 3, apabila menyedari berlaku kebakaran di rumah mereka di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Melaka pada pukul 9.40 malam.


Menurut bapa mereka, Zakir Abu Hussin, Noor Munirah sedang menonton televisyen bersama adiknya, Mohd Zarif Nazmi, 8, dan Yasin Amirul Aiman, 3, ketika bekalan elektrik terputus. Mereka terhidu asap sebelum menyedari berlaku kebakaran di bahagian dapur.


"Anak sulung saya kemudiannya bertindak terjun dari tingkat atas sambil memeluk adik bongsunya (Yasin), sebelum menjerit meminta tolong jiran untuk menyelamatkan seorang lagi adiknya (Mohd Zarif) yang masih berada di dalam rumah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zarif Nazmi berjaya diselamatkan jiran dengan menggunakan tangga.
Zakir berkata, ketika kejadian, beliau dan isterinya sedang berniaga di kedai makan di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di sini.

Mereka bergegas pulang selepas menerima panggilan dari Noor Munirah Syazwani.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Ayer Keroh, Musa Dora berkata pihaknya menghantar dua buah jentera beserta sembilan anggota untuk memadam kebakaran, namun api terlebih dahulu dipadamkan oleh jiran mangsa.

"Kebakaran menyebabkan kerosakan pada kabinet dapur sementara punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Petikan Berita Harian


Noor Munirah dimasukkan ke Hospital Melaka akibat kecederaan pada tumit kaki kirinya. Syabas kepada remaja ini kerana bertindak cepat pada masa yang tepat. Demi kasih sayang kepada adik-adiknya dia sanggup menggadaikan nyawa.

©Eriyza : Sayang pada puteri tengah dan putera bongsu.

Via : Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.