Oct 17, 2012

Lelaki Bertumbuk Rebut Tempat Duduk


Pada 7 Oktober lalu, kira-kira pukul 8.38 pagi, dua orang lelaki telah bergaduh kerana berebut tempat duduk di Lorong 4, Keretapi Bawah Tanah Guangzhou, China. Pergaduhan itu berlaku di antara seorang lelaki tua berusia 60 tahun dan guru muda, 28. Seorang penumpang wanita telah merakamkan kejadian tersebut lalu menyebarkannya di laman mikro-blog, Sina Weibo.


Menurut sumber, pergaduhan tercetus ekoran sikap biadap guru lelaki yang menolak lelaki tua itu ke tepi untuk duduk. Berang kerana anak muda tidak menghormatinya, orang tua telah menumbuk lelaki muda berkenaan.


Sebenarnya masih ada kerusi kosong yang lain tetapi kedua-duanya tidak mahu mengalah malah terus bergasak. Ekoran pergelutan tersebut, lelaki tua berdarah di bahagian hidung manakala guru terbabit digigit di telinga selain cedera di muka dan bahu.


Kakitangan keretapi mengarahkan kedua-duanya keluar apabila tiba di salah satu stesen beberapa minit kemudian. Mereka menyesali perbuatan mereka dan memohon polis melepaskan mereka serta setuju untuk berdamai.

Bergaduh kerana merebut tempat duduk adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku. Hanya orang yang ego bertindak sedemikian.

©Eriyza : Sudah lama tidak main permainan musical chair.

Via : ChinaSmack



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.