Sebuah motosikal yang dinaiki oleh 3 remaja berusia 16 tahun terbabas sebelum terbang ke atas bumbung rumah seorang penduduk di Felda Jengka 4. Insiden itu berlaku ekoran penunggangnya gagal mengawal brek lalu motosikalnya melayang sebelum terjatuh dan tersangkut di atas bumbung berkenaan yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.
Pemilik rumah, Ramlah Seman, 55, memberitahu bahawa dia sedang berehat di dapur bersama anak dan cucunya ketika terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh.
“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.
Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.
“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.
Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.
“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.
“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Muhammad Fikri Saridan, 16, yang menunggang motosikal patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikalnya sebelum tercampak ke atas atap. Dua lagi rakannya yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap. Salah seorang patah tangan dan menjalani rawatan di Hospital Jengka manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
©Eriyza : Sudah lama tidak menunggang motosikal.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.