Sabtu bersamaan 6 Oktober 2012, hujan turun lebat disertai angin yang kencang pada pukul 2.30 petang telah menyebabkan banyak pokok tumbang. Dentuman guruh di langit bukan main kuat. Penulis yang berada di dalam rumah kecut perut menyaksikan kuasa Tuhan. Ayahanda sudah melaungkan azan di hadapan muka pintu.
Setelah keadaan reda, malam itu kami ke rumah makcik untuk menziarahinya. Ketika itulah kami dimaklumkan bahawa beberapa keping bumbung rumahnya tercabut. Malah, kawasan kejiranan kami juga, banyak bumbung yang diterbangkan angin. Bukan itu sahaja, banyak pokok tumbang menyembah bumi.
Penulis terus melawat tempat-tempat kejadian yang dimaksudkan tetapi keadaan cuaca yang begitu kelam pada waktu malam menghalang kami melihat dengan baik. Justeru, siang tadi, penulis sempat melawat semula kawasan yang terlibat dan penulis tangkap beberapa keping gambar.
Penulis juga mendapat perkhabaran bahawa hujan batu turun di Kampung Mak Chili dan Kampung Bukit Kuang. Pada hari yang sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Bin Said mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuannya. Tentu tidak ramai orang hadir berikutan cuaca buruk.
©Eriyza : Asyik ulangi bacaan surah Al Ikhlas kerana takut.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.