Nov 18, 2012

Akad Jual Beli


Soalan:

Sesudah kita membeli sesuatu, patutkah kita berkata kepada penjual itu ‘saya beli’ dan si penjual itu pula berkata ‘saya jual’. Ustaz tolong jelaskan.

Noratiqah, Raub, Pahang.

Jawapan:

Apabila melakukan sesuatu perniagaan seperti jual beli, Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. [al-Nisa’ 4:29]

Melakukan jual beli sambil menyebut “Saya jual” dan “Saya beli” menunjukkan adanya keredhaan, persetujuan dan suka sama suka di antara penjual dan pembeli. Namun ia bukanlah satu-satu cara bagi membuktikan keredhaan tersebut. Mengangguk kepala, air muka yang tersenyum atau penyerahan/penerimaan barang dengan cara yang baik dapat juga membuktikan keredhaan dan suka sama suka di antara penjual dan pembeli.

©Eriyza : Selalu sebut 'saya jual' dan 'saya beli' sewaktu berurusniaga.

Via : Hafiz Firdaus



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.