Seorang pemandu bas dan lori serta seorang penumpang wanita cedera apabila sebuah bas ekspres terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tanpa muatan di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran simpang masuk Pusat Peranginan Pantai Cherating pada pukul 3.35 pagi, semalam.
Akibat nahas terbabit, kedua-dua kenderaan terbabas ke tepi jalan sebelum masuk ke kawasan semak berpaya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 3.50 pagi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Gebeng dikerah ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan mangsa yang cedera, selain membawa penumpang yang terperangkap di dalam bas naik ke jalan raya.
“Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital manakala penumpang lain yang terselamat mungkin meneruskan perjalanan dengan bas lain yang disediakan syarikat bas terbabit,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Bas Cepat Ekpsres berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Melaka, manakala lori tanpa muatan pula dari arah Kuantan menghala ke Dungun,
Terengganu.
Kedua-dua kenderaan dipercayai berselisih ketika melalui jambatan yang sempit sebelum terbabas.
©Eriyza : Tidak pernah naik bas Cepat Ekspres.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.