Nov 23, 2012

Bangunan Menghalang Jalan


Sebatang jalan baru telah dibina di bandar Wenling di wilayah Zhejiang, China. Tetapi, di tengah-tengah laluan jalan tersebut, ada sebuah bangunan yang menjadi 'mercu tanda' jalan berkenaan. Bangunan tersebut tidak boleh diruntuhkan oleh kerajaan ekoran kedegilan sepasang warga emas yang enggan berpindah dari situ.


Luo Baogen dan isterinya nekad untuk terus tinggal di kediaman mereka walaupun separuh daripada bangunan itu dirobohkan. Mereka tidak mahu berpindah kerana tidak berpuashati dengan pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan. Bagi memastikan struktur bangunan itu terus kukuh, kerajaan tidak memusnahkan unit bersebelahan tempat tinggal pasangan berkenaan.


Jalan baru tersebut dibina untuk menghubungkan perkampungan Xia Zhangyang dengan stesen kereta api Wenling yang belum dibuka secara rasmi. Semua penghuni bangunan itu telah pun berpindah ke tempat lain.

Dahulu, bangunan persendirian di China boleh dirobohkan dengan mudah bagi memaksa orang awam berpindah. Kini, undang-undang telah diperketatkan dan tiada pihak dibenarkan merobohkan bangunan persendirian secara paksa atau tanpa persetujuan penghuninya.

©Eriyza : Tidak suka tinggal di tempat tinggi.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.