Nov 23, 2012

Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh


Tindakan seorang remaja perempuan yang meniru aksi drama untuk keluar dari rumahnya mengundang padah apabila dia terjatuh lalu meninggal dunia. Siti Khadijah Muhammad, 16, menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah untuk turun melalui tingkap dari tingkat 7 sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan, semalam.

Siti Khadijah dipercayai terdesak untuk menemui kekasihnya setelah dihalang oleh ahli keluarganya. Malah, sebelum kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi, mangsa dikatakan mengurung diri di dalam bilik di rumahnya.

Dia yang cuba bergayut pada selendang yang disambungnya, gagal sampai ke bawah apabila selendang tersebut tiba-tiba terputus. Ibu mangsa dan empat adiknya yang berada di rumah tidak menyedari kejadian itu berlaku manakala bapanya pula berada di pejabat.

Ketika ditemui oleh penduduk apartmen 9 tingkat berkenaan, mangsa yang terbaring berlumuran darah sudah tidak bernyawa.

©Eriyza : Takziah kepada keluarga mangsa arwah Siti Khadijah Muhammad. Al-Fatihah!

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.