Nov 25, 2012

Batu Kristal Disangka Batu Kecil


Sepasang suami isteri tidak menyangka batu kecil yang mereka temui di dalam beras sebenarnya adalah batu kristal. Awang Ngah, 42 dan isterinya, Nor Azila Ibrahim, 38 mendakwa beras tersebut di beli di sebuah kedai di Kuala Berang Ahad lalu, didapati mengandungi bendasing yang tidak dapat dikenal pasti.


Awang yang hanya bekerja kampung menyarankan pihak berwajib agar mengambil cakna secara serius tentang kes seperti ini kerana dikhuatiri kesihatan rakyat terjejas jika memakannya.


"Saya membeli dua kampit beras seberat 10 kilogram. Keesokan harinya, isteri saya masak nasi gunakan beras tersebut untuk makan tengah hari dan malam tetapi ketika menikmati makan malam, saya tergigit benda keras yang saya sangka batu kecil.

"Tetapi saya terkejut apabila mendapati bendasing itu berwarna jernih, seolah-olah bebola kristal. Apabila dimaklumkan kepada isteri, dia juga mengaku menemui benda yang sama ketika menikmati makan tengah hari" katanya.

Awang berkata, musykil dengan perkara itu, dia dan isterinya melihat beras yang disimpan dalam bekas dan lebih memeranjatkan apabila mereka menemui hampir 20 biji bebola itu sebesar kepala mancis.

"Sebelum ini, saya sendiri tidak pernah menemui benda seperti ini dalam beras.

"Kerana khuatir, kami tidak lagi menggunakan beras berkenaan, malah sekampit beras sama belum sempat digunakan ibu, Saudah Seman, 74, diberi makan kepada ayam kerana ia mengandungi bendasing sama,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Batu kristal di pasara mahal atau murah??

©Eriyza : Pernah jumpa batu kecil dalam nasi tetapi belum ketemu batu kristal dalam makanan ruji berkenaan.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.