Nov 25, 2012

Pasangan Remaja Sedia Berumahtangga


Sepasang remaja mengambil tindakan yang bagus untuk memastikan ikatan cinta mereka terus kukuh dengan menghalalkan hubungan tersebut. Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 13, dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina, Mohd. Nazar Husain pada 17 November 2011 selepas mendapat restu keluarga.

Pasangan pengantin remaja tersebut telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.


Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.

Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.

Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.

"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.

Petikan Kosmo!


Tahniah dan syabas kepada keluarga kedua-dua pengantin kerana membantu Fahmi ♥ Fazira mendirikan masjid.

©Eriyza : Selamat Pengantin Baru buat Mohd. Fahmi ♥ Nur Fazira.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.