Nov 16, 2012

Bayi Dibuang Kerana Rambut Perang


Seorang ibu meninggalkan bayi perempuannya di jalanan hanya kerana anak kecil itu mempunyai rambut berwarna perang. Bayi malang itu yang dibalut selimut ditemui di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi, China oleh seorang wanita yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.


Disisi bayi perempuan tersebut terdapat sebuah beg kecil yang berisi pakaian bayi dan sebuah sampul surat berisi wang tunai 3,900 Yuan. Ibu bayi tersebut turut menulis nota ringkas di atas sampul surat berkenaan.


Saya berharap orang yang baik hati boleh membantu menghantar bayi ini ke rumah anak yatim. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Wahai anak saya seorang ibu yang tidak bertanggungjawab dan seorang ibu yang tidak berupaya. Saya minta maaf.


Polis beranggapan bahawa bayi tersebut 'dibuang' kerana berambut perang tetapi tidak dapat mengesahkan dengan tepat.

©Eriyza : Tidak kisah kalau anak berambut perang asalkan semulajadi.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.