Nov 16, 2012

Permintaan Hari Jadi Seorang Budak Lelaki


Ketika ditanya tempat yang paling ingin dikunjungi, Koregan Quintanilla tidak memberikan jawapan taman hiburan seperti kanak-kanak lain tetapi dia mahu melawat Balai Bomba Arlington. Di sana, dia ingin menemui seorang anggota bomba yang bernama Wesley Keck.


Pada November 2002, ketika cuaca sejuk, Keck menemui seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di luar balai bomba tempatnya bekerja. Kini, bayi lelaki itu sudah berusia 10 tahun dan dia mahu menemui 'heronya' selepas sedekad berlalu.

Justeru, pada hari lahirnya, ibu angkat Koregan, Rebecca Quintanilla membawanya bertemu dengan Keck. Sejurus pertemuan berlangsung, Koregan memeluk erat Keck seolah-olah melepaskan rindu antara 'anak dan bapa' yang berpisah sekian lama.


Ternyata anak kecil itu sangat menghargai jasa baik ahli bomba berkenaan yang menyelamatkannya. Jika tidak, pasti dia sudah menjadi budak jalanan yang tiada keluarga.

©Eriyza : Ada ramai saudara-mara angkat.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.